Bagaimana inginkan impian hidup yang mampu mengubah diri anda? Anda ada impian hidup tetapi tidak berjaya untuk ditunaikan?
Sebenarnya, ada satu benda yang tersirat di sebalik berpuluh-puluh impian hidup yang kita bina. Iaitu,"impian hidup akan berjaya jika anda berusaha dengan kearah impian tersebut".
*****
Tiada guna jika memiliki impian hidup tetapi langsung tidak 'berusaha'. Usaha dan impian akan bergerak serentak bersama-sama dan ia mampu memberi sebuah kejayaan yang anda sendiri tidak mampu bayangkan.
Tidak kira jika anda mahukan rumah yang besar, gred 'A' dalam semua subjek mahupun pangkat yang tinggi, yang utama ialah impian dan usaha kita sendiri.
Mulakan langkah dengan perjalanan yang betul. Pasangkan niat yang ikhlas mengharapkan segala impian itu mendapat keredhaan Tuhan. Kemudian usaha dengan sebenar-benar usaha.
Saya percaya, jika kita mampu lakukan perubahan dalam usaha kita, insyaAllah, ganjaran dan kejayaan yang kita bakal kecapi juga berganda-ganda nilainya.
Tetapi, pastikan impian itu dahulu ialah impian yang baik (bukan impian untuk merompak bank etc) .
Jika Allah redha dengan usaha kita, maka Allah membalas segala penat lelah kita dengan lebih bernilai lagi.
Aplikasikan dalam kehidupan dengan displin yang tinggi setiap hari, dan impian ini nanti bakal mengubah kehidupan anda.

No comments:
Post a Comment