bercerita pasal merubah diri..aku merasakan diri aku perlu diubah!,,hehe bukan nak buat pembedahan plastik atau nak nak ubah jantina atau mane2 bentuk fizikal tapi personaliti dan peribadi diri..secara jujur aku akui aku ade banyak kelemahan dari segi peribadi diri aku ni..memang payah untuk kita akui kelemahan diri kite sendiri..tapi demi kebaikan diri aku sendiri,,di sini aku list kan sikap2 buruk pade diri aku yang perlu diubah..
- aku sangat suke bertangguh kerja
- aku cukup malas nak berfikir sendiri dan terlalu mengharap orang lain
- aku selalu tkut tentang pandangan orang lain terhadap diri aku.
- aku terlalu pandang remeh terhadap sesuatu perkara
- aku kurang peka dan tk ambil berat tentang keadaan sekeliling aku.
- aku ni selalu x tepati janji aku dengan orang lain.
- aku ni terlalu takut nak cube benda baru dan cepat mengalah dari mencubenye
- aku ni cepat ambil hati dan naik hangin
- aku ni cepat lupa dan x berdisiplin
- aku ni kadang2 pengotor jugak hehe
- aku kurang menghargai org2 sekeliling aku
- aku kadamg2 perasan cantik dan kadang rase diri ni hodoh sgt( x bersyukur dengan kurniaan tuhan)
- prinsip aku x kuat,aku ibarat lalang yg mengikut sahaja pukulan angin.
sebab dah penat nak menulis..aku harap apabile aku melihat sahaja list2 tersebut aku akan sentiasa ingatkan diri aku agar membuang sikap2 tersebut dari dalam diri aku..
hidup ni pendek dan aku harus mengisi perjalanannye dengan perkara yg berkualiti dan memberi makna kepada diri aku..
aku ingin menjadi orang yang hebat sekurang-kurangnye kepada diri aku sendiri sementara aku masih bernafas di muka bumi ini...hidup didunia hanya sekali..dan aku berharap segala yang aku kerjakan di sini memberikan ganjaran sebagai bonus diakhirat kelak..secara ringkasnye aku mahu menjadi insan bergune di dunia dan akhirat..bahagie di dunia dan jua akhirat,..insyaAllah.... aamiiiinn...
No comments:
Post a Comment